Horror

Amukan Jembalang Tanah

Amukan Jembalang Tanah by A.Darwisy

Cerita ini   adalah selang masa antara zaman dahulu dan masa kini. Diselitkan di antara cerita utama tentang hantu dikalangan kaum melayu waktu dahulu. Bahasa baik dan mudah difahami termasuklah penggunaan bahasa Jepun. Terbelit juga lidah nak sebut perkataan-perkataan bahasa penjajah itu.

Cerita ini  kisarkan tentang satu jenis hantu atau jin yang ada dikalangan kaum melayu zaman dulu iaitu jembalang tanah. Walaupun hantu atau jin itu tidak pasti wujud namun apa yang cuba digambarkan , rupanya seakan mawas atau bigfoot.

Hantu juga membuatkan  rasa ingin tahu siapakah manusia tenggelong itu.  Selain itu cerita ini membuatkan seperti berada didalam cerita dan menjadi salah satu watak sampingan. Terasa gegaran ? Apabila kampung diamuk jembalang.  Terasa saspen ? Waktu meronda sekolah bersama-sama cikgu. Terasa cemas dan takut ? Apabila menentang jembalang diakhir cerita.

Seram itu bukanlah semestinya pada hantu.. Seram itu halusnya sifatnya.. Keadaan yang sunyi juga adakalanya seram.

 Untuk apalah kita bergantung harap pada makhluk ciptaan Allah yang lain yang akhirnya memakan diri sendiri. Perjanjian dengan syaitan dan jin hanya sia-sia. Ada korban yang akan dituntut untuk setiap pertolongan. Begitulah yang terjadi pada si pemuja itu dan keturunannya.

Kita sebagai manusia juga harus menjadi aib orang lain walaupun orang itu jahat. Itulah antara ciri orang mukmin. Semoga dengan menjada aib orang itu, ada hidayah yang terbit dalam hatinya.. Semoga ada titik yang kecil tercuit dengan kebaikan kita menjaga aibnya.n

Secara keseluruhan,  perasaan semasa membaca novel ini akan turun dan naik. Kerana ada tahap debaran dan ingin tahu pembaca pada satu zaman dengan menukar ke zaman yang lain. Namun debaran, rasa ingin tahu siapa dalang yang menghidupkan semula jembalang itu sentiasa terasa walau semasa di zaman dahulu.

  1. http://ilham.karangkraf.com/mobile/karya-detail.aspx?idk=7567&idc=40416
  2. https://www.goodreads.com/review/show/2027083684
  3. https://www.youtube.com/watch?v=JINq42MdGeY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *