Horror, Science Fiction

Jangan Biar Dia Masuk

Jangan Biar Dia Masuk By A. Darwisy

Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan.

Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu.

Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan!

Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?

“Sebelum tu, kami terdengar satu bunyi aneh. Bunyi muzik gamelan. Entah dari mana. Tiba-tiba kau pulak seperti dirasuk sesuatu. Kau menari…” – Maya

“Selang satu keturunan, pasti ada pertemuan dan kematian!” – Ambarsari

“Dengan manusia, kita lawan dengan kudrat. Dengan syaitan, kita tentang dengan ayat-ayat suci al-Quran.”

 

  1. http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=725
  2. http://ilham.karangkraf.com/mobile/karya-detail.aspx?idk=6127&idc=32457
  3. http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789674461867

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *