Horror, Science Fiction

Lombong

Projek Seram: LOMBONG by A .Darwisy

Apakah yang mahu diceritakan dalam  kisah tahun sekitar tahun 1920? Apa yang  mereka terjumpa  di dalam lombong?

Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabelle, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya?

Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa.

Satu nafsu yang mengganas, memburu dan membunuh. Satu sumpahan yang menanti satu kepulangan.  membohongi warga kota dengan kedamaiannya menyimpan sejarah penuh keganasaan dan kegilaan. Semuanya bermula dengan Itam yang ghairah mahu memiliki kuasa menjadikan Samira mangsa untuk dikorbankan.

Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati, kerana yang hilang tidak semestinya mati.

Tasik lombong di belakang vila milik arwah ayahnya sama seperti di dalam mimpi-mimpi aneh berulangnya sebelum ini. Di tasik itulah Mustikah tenggelam kelemasan dengan kedua-dua kaki dan tangannya berikat. Akan muncul seorang perempuan seiras wajahnya lalu mencekiknya sehingga mati.

Dia yakin mimpi-mimpi anehnya itu bukan sekadar mimpi biasa. Siapa sebenarnya perempuan seiras wajahnya yang muncul di dalam mimpimimpinya selama ini.

LINK

(A)       (B)      (C)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *