Science Fiction

Semusim Di Barzakh

Semusim Di Barzakh BY Hadi Fayyadh

Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW.

Raungan dan ratapan  dari Humaira, mengembalikan nostalgia  seorang wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk terjun dari bangunan nan tinggi.  Bayi kudung, tidak punyai kaki dan tangan tiba-tiba mengejar aku sejak dari itu. Langit menjerit dengan  suara bagai memendam perit, kabus hitam pekat, tanah merekah, pasir berterbangan dibawa angin gersang yang dahagakan seksaan.

Adakah  selamat dari dikejar bayang-bayangan misteri? Bagaimana mungkin ‘Makhluk’ yang tidak berwajah, rambut merebah ke tanah itu cuba untuk mendekati aku, apa pula perkaitan dia sebenarnya? Aku terperosok ke alam yang tidak bertepi, pelik, dan aneh.

Aku melalui keperitan dan kesengsaraan sehingga ‘Barzakh’ mencengkam hati dan sanubari. Ular hitam besar berdepan dengannya? Apakah hujjah yang digunakannya?

Adakah aku selamat dari godaan ini?u. Apakah Soalan yang ditinggalkannya? Api juga berbicara denganku. Ia menguntaikan wasiat kepadaku, lantas membuatku pilu dan terkedu. Sungguh disini, keperitannya bukan lagi kepalang.

Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan dalam cerita ini? Apakah sebenarnya wasiat api yang ditinggalkan untuk diriku? Aku ingin mencari jawapan kepada setiap kunci persoalan tentang apa yang telah aku lalui sepanjang kembaraku disini, namun bagaimana mampu kutemui jawapannya?

Apakah sebenarnya dimensi alam yang dilalui Fayyadh? Suara siapakah yang didengarinya? Sekali lagi apakah kaitan Fayyadh, Humaira dan wanita tidak berwajah dengan travelog ini?

Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

  1. https://www.goodreads.com/book/show/31927136-semusim-di-barzakh
  2. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/08/312561/semusim-di-barzakh-lahir-dengan-gangguan
  3. http://www.blogyaya.com/2016/08/review-novel-semusim-di-barzakh.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *